Kerjaya kelab Luiz Adriano

Internacional

Luiz Adriano menarik perhatian kelab-kelab Eropah selepas persembahan menariknya untuk Internacional pada Disember 2006 dalam saingan Piala Kelab Dunia. Beliau menjaringkan gol penentu untuk Internacional ketika mereka menentang Al-Ahly pada peringkat separuh akhir kejohanan dan perlawanan berkesudahan Internacional menang 2-1. Pada perlawanan akhir menentang juara Eropah Barcelona, Luiz Adriano menjadi pemain gantian pada lewat permainan dan memainkan peranan penting dalam menghasilkan gol kemenangan Adriano Gabiru pada minit ke-82 sekali gus memastikan Internacional dinobatkan juara menerusi gol tunggal tersebut, 1-0.

Shakhtar Donetsk

Luiz Adriano berpindah ke kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk pada 2 Mac 2007 dengan nilai perpindahan sebanyak 3 juta euro. Pada 19 Mac 2007, beliau melakukan penampilan sulung untuk kelab barunya dalam saingan Liga Perdana Ukraine pada pertembungan satu kota menentang Metalurh Donetsk semasa nerisoa 19 tahun, sebelas bulan dan tujuh hari.[2] Dalam tempoh hampir setahun, beliau akhirnya menjaringkan gol pertamanya untuk Shakhtar pada 15 Mac 2008 menentang Metalit Kharkiv.[3]

Pada 28 Ogos 2008, Adriano menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah apabila menyumbat gol pembukaan perlawanan ketika meneang 3-1 menentang Dinamo Zagreb sekali gus menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[4][5] Beliau turut menghasilkan gol pembukaan pada perlawanan akhir Piala UEFA 2009 yang berkesudahan Shakhtar menang 2-1 ke atas Werder Bremen selepas masa tambahan.[6]

Pada 7 Mei 2011, Luiz Adriano menjaringkan gol ke-50nya untuk Shakhtar pada satu perlawanan liga menentang Metalurh Donetsk yang berkesudahan Shakhtar menang 2-0.[7]

Musim 2012–13

Pada 10 Julai 2012, Luiz Adriano menjaringkan gol pembukaan dalam aksi Piala Super Ukraine 2012 menentang pemegang takhta piala domestik, Metalurh Donetsk lalu memastikan Shakhtar merangkul trofi itu selepas menang 2-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga musim ini ketika menang 3-0 menewaskan Karpaty Lviv.[8] Seterusnya pada 20 November 2012, pada satu perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Nordsjælland, Luiz Adriano menyumbat gol kontroversi untuk menyamakan kedudukan 1-1. Selepas seorang pemain Nordsjælland tercedera yang terpaksa pemegangan bola diberikan kepada penjaga gol Nordsjælland, seorang pemain Shakhtar Willian cuba menghantar bola terus kepada penjaga gol namun Luiz Adriano terus memecut untuk memintas hantaran Willian tersebut lalu memperdayakan penjaga gol lawan dan terus menyumbat bola ke dalam gawang gol lawan. Gol Luiz Adriano diprotes pemain-pemain lawan dan mencetuskan kekecohan.[9][10] UEFA membuka kes tatatertib terhadap Luiz Adriano kemudian melarang dia untuk beraksi perlawanan seterusna kerana berkelakuan tiada semangat sukan. Shakhtar mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan UEFA itu dan menyatakan mereka amat kecewa dengan tindakan pemainnya.[11]

Musim 2013–14

Luiz Adriano melakukan penampilan pertamanya pada musim 2013-14 pada perlawanan Piala Super Ukraine menentang Chornomorets Odesa yang berkesudahan Shakhtar menang selesa 3-1 namun, Luiz Adriano tidak berjaya menghasilkan gol sepanjang perlawanan berlangsung. Beliau menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam aksi liga ketika menang 2-0 menentang Hoverla Uzhhorod pada 14 Julai 2013.[12] Beliau turut menjaringkan gol untuk memberikan kelebihan Shakhtar menang 4-0 ke atas wakil Sepanyol, Real Sociedad dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 27 November 2013.[13]

Luiz Adriano menjaringkan dua gol Shakhtar dan ia telah cukup untuk memastikan Shakhtar menang 2-0 ke atas Dynamo Kyiv dalam aksi pertembungan Ukraine pada 16 April 2014.[14] Seterusnya pada pertembungan satu kota menentang Metalruh Donetsk, Luiz Adriano menjaringkan gol kemenangan Shakhar selepas ketinggalan 1-0 kepada 2-1.[15] Pada 11 Mei, beliau menjaringkan dua gol untuk membantu Shakhtar meraih kejuaraan liga kelima berturut-turut menentang Zorya Luhansk.[16] Pada perlawanan terakhir liga musim 2013-14 iaitu pada 18 Mei 2015, beliau menjaringkan dua gol Shakhtar untuk membenam Volyn Lutsk 2−0 sekali gus menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak liga bersama 20 gol dihasilkan.[17]

Musim 2014–15

Pada 21 Oktober, Luiz Adriano menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara menentang BATE Borisov sekali gus meletakkan beliau sebagai pemain kedua menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara selepas Lionel Messi.[18] Tiga gol Adriano mengambil masa selama tujuh gol sekali gus menjadikan jaringan hatrik ketiga terpantas dalam selain menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama perlawanan.[19] Selepas menjaringkan gol keempat dan seterusnya pada perlawanan itu, beliau memintas rekod Andriy Vorobey untuk menjadi penjaring terbanyak Shakhtar sepanjang zaman dengan 117 gol.[20] Selain itu, Adriano turut menjadi penjaring terbanyak Shakhtar dalam saingan Eropah menerusi 29 gol dihasilkan olehnya.[21]

Dalam perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya menentang BATE pada 5 November, Luiz Adriano sekali lagi menjaringkan hatrik untuk Shakhtar membenam BATE 5-0.[22] Selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Luiz Adriano menyamai rekod Messi menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara serta menyamai rekod Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak dalam aksi peringkat kumpulan iaitu sembilan gol sekali gus mendorong UEFA menganugerahkan Luiz Adriano sebagai MVP untuk aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.[23]

Milan

Pada 2 Julai 2015, Luiz Adriano melakukan perpindahan ke Milan selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan nilai perpindahan 8 juta euro.[24][25] Walau bagaimanapun, Milan membayar selebihnya 6 juta euro kepada pihak yang tidak dikenali.[26] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Rossoneri pada 17 Ogos 2015 dalam satu aksi Coppa Italia menentang Perugia. Beliau menjaringkan gol kedua Milan pada perlawanan yang berlangsung di San Siro.[27] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 29 Ogos 2015 ketika menang 2-1 menentang Empoli. Pada Januari 2016, Milan bersetuju tawaran yang dibuat kelab Liga Super China, Jiangsu Suning untuk menjual Luiz Adriano dengan tawaran yang dilaporkan sekitar 14 juta euro.[28] Rundingan tersebut gagal mencapai kata akhir apabila Luiz Adriano dan Jiangsu Suning gagal bersetuju menerusi terma-terma peribadi pemain rundingan berlangsung.[29]

Rujukan

WikiPedia: Luiz Adriano http://sport.orf.at/stories/2152211/2152210/ http://www.acmilan.com/it/news/show/157880 http://www.acmilan.com/it/teams/roster_player/1197... http://www.espnfc.com/ac-milan/story/2790323/milan... http://www.espnfc.com/uefa-champions-league/story/... http://www.fourfourtwo.com/news/bate-0-shakhtar-do... http://www.goal.com/brasilglobaltour/en/news/5457/... http://www.goal.com/en-au/news/4019/transfer-zone/... http://www.goal.com/en/match/milan-vs-perugia/2137... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p...